Lelaki Didakwa Positif COVID-19 Terbaring Di Hadapan Kedai Sebenarnya Sakit Jantung

TULAR:
1522

SEBENARNYA:

Polis menafikan video seorang lelaki terbaring di Taman Usahawan Kuchai, Kuala Lumpur, yang tular dikaitkan dengan Covid-19.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, berdasarkan siasatan, lelaki terbabit tidak sedarkan diri kerana diserang sakit jantung dan rebah di lokasi kejadian.

“Pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hadir dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) untuk melakukan pemeriksaan lanjut 7.55 malam.

“Mangsa berusia 33 tahun terjatuh di depan sebuah kedai kerana diserang sakit jantung dan dikejarkan ke PPUM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami pendarahan otak dan masih koma, namun ujian Covid-19 adalah negatif.

SUMBER:

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI