Laporan Berita Yang Melaporkan Kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak Dilantik Sebagai Penasihat Ekonomi Adalah Tidak Benar

TULAR:
3241

SEBENARNYA:

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan laporan beberapa blog sehingga tular di media sosial berhubung pelantikan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penasihat ekonomi kerajaan.

PMO menegaskan bahawa pihaknya langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai pelantikan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bagi jawatan yang digembar-gemburkan.

“Pejabat Perdana Menteri atau PMO menafikan kesahihan artikel bertajuk ‘Najib sebagai penasihat ekonomi, bukan menteri kewangan atau Perdana Menteri’ seperti yang tular di media sosial.

“PMO menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti dinyatakan dalam artikel itu.”

SUMBER:

Facebook Rasmi PMO

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI