Majlis Keselamatan Negara (MKN) memandang serius penggunaan nama dan logo rasmi MKN secara salah dengan tujuan menimbulkan kekeliruan dan keresahan orang ramai mengenai situasi semasa negara.
Semua laman palsu di Facebook/Twitter/Whatsapp/Telegram akan dipantau dan tindakan tegas akan diambil dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.