
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM):
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menegaskan orang ramai agar tidak menerbangkan dron di kawasan berlakunya kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Puchong, Selangor.
Larangan tersebut bertujuan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai, serta pasukan penyelamat yang sedang menjalankan operasi pemantauan udara di lokasi kejadian.
Selain itu, lokasi insiden berkenaan juga terletak di laluan kritikal penerbangan pesawat komersial. Oleh itu, larangan tersebut juga adalah untuk memastikan kelancaran dan keselamatan pesawat komersial yang sedang beroperasi.
CAAM turut mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada keselamatan orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs).
SUMBER:
Facebook Rasmi CAAM