PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat dasar diskriminasi yang diamalkan dalam pemberian pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan (YNS).
SEBENARNYA:
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, semua pelajar tanpa mengira bangsa yang memenuhi syarat ditetapkan, layak membuat permohonan itu.
Katanya, syarat utama permohonan itu ialah pelajar atau ibu bapa yang lahir atau tinggal lebih 15 tahun di negeri ini, belajar sepenuh masa di universiti awam atau universiti swasta milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan pendapatan bulanan ibu bapa tidak melebihi syarat ditetapkan.
Menurut beliau lagi, tidak benar tuduhan bahawa kerajaan tidak memberikan pinjaman kepada pelajar bukan Melayu. “Kita tidak pernah mengamalkan dasar itu. Tahun lalu sebanyak 37 permohonan dari bangsa Cina diterima dan hanya empat ditolak kerana borang tidak lengkap. Tahun 2015 pula 35 yang memohon, semua diluluskan.”
SUMBER :