Subsidi Mamogram Dan Vaksin HPV Akan Dihentikan ?

TULAR:
701
Sumber gambar : KKM

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononnya kerajaan akan menghentikan program subsidi ujian mamogram dan vaksinasi HPV kerana tiada peruntukan khusus dinyatakan dalam Bajet 2018.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Pikoff

SEBENARNYA :

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, kerajaan tidak akan menghentikan program subsidi ujian mamogram dan vaksinasi HPV yang masing-masing dilaksanakan sejak 2007 dan 2012 walaupun tiada peruntukan khusus dinyatakan dalam Bajet 2018.

Kata beliau lagi, kementeriannya akan meneruskan program yang amat penting untuk pembangunan kesihatan wanita sama ada menerusi peruntukan kementerian itu atau memohon peruntukan baharu daripada Kementerian Kewangan atau menerusi Kementerian Kesihatan.

SUMBER :
Berita Harian

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI