PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa 13 Disember 2016 adalah hari pelepasan am tambahan bagi seluruh Negara berikutan pertabalan Yang Dipertuan Agong yang baharu.
Sumber gambar: Facebook
SEBENARNYA :
Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan yang tersebar di media sosial yang mengatakan KSN mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai hari pelepasan am.
Pejabat KSN berkata kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa seperti yang ditularkan.