Tiada Ubat Jenis Baharu Buat Pesakit Kanser di Klinik Kerajaan?

TULAR:
1056

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat banyak ubat baharu kanser yang tidak boleh didapati di hospital awam di Malaysia, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: The Malay Mail.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ubat baharu bagi merawat barah sudah pun disenaraikan dalam formulari ubat-ubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan ia boleh diperoleh di hospital-hospital besar.

Ujarnya juga, ubat-ubatan juga disediakan tanpa sebarang bayaran – pesakit hanya membayar RM1 hingga RM5 apabila mendapatkan rawatan pesakit luar dan hanya kos wad dan ujian tertentu dikenakan manakala ubat-ubatan disediakan secara percuma bagi perkhidmatan pesakit dalam.

KKM juga membelanjakan RM240 juta hanya untuk terapi barah laitu 10 peratus daripada keseluruhan bajet ubat-ubatan tahun lepas, katanya. Bagi terapi sasaran lain untuk barah paru-paru, hati dan buah pinggang, tumor stroma gastrousus, dan kondisi hematologi, beliau berkata ia sudah pun disenaraikan dalam formulari ubat-ubatan KKM dan disediakan di hospital-hospital walaupun kosnya mahal.

 

SUMBER :

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI