Maklumat Penama Isteri Di KWSP Hilang?

TULAR:
285

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa maklumat penamaan isteri kepada seorang ahli KWSP telah hilang.

Gambar hiasan. Sumber: BubblyNotes.


SEBENARNYA:

Merujuk kepada dakwaan seorang ahli mengenai kehilangan maklumat penamaan isterinya, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) telah membuat siasatan dengan mendapatkan pengesahan daripada cawangan KWSP Kepong serta Jabatan Pendaftaran dan Operasi Sokongan dan mendapati tidak ada berlaku kehilangan maklumat seperti yang didakwa oleh ahli menerusi kenyataan Facebook beliau.
Proses membuat penamaan memerlukan ahli menyerahkan dokumen fizikal yang lengkap, iaitu borang Penamaan (KWSP 4) berserta MyKad/ dokumen pengenalan ahli. Kesemua maklumat ini akan diimbas dan dimasukkan ke dalam sistem kami manakala salinan asal akan disimpan dalam arkib. Dalam kes ini, nama benefisiari tidak wujud dalam sistem dan setelah siasatan lanjut, tiada dokumen fizikal yang mempunyai nama isteri ahli seperti yang didakwa bahawa penamaan telah dibuat pada tahun 2015.

SUMBER :

Laman Web KWSP

BERNAMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI