Pembatalan Kadar Baru Visa Arab Saudi?

TULAR:
274

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa yuran visa haji dan umrah akan dibatalkan.

Gambar hiasan. Sumber: madinah-iman.com


SEBENARNYA :

Kementerian Luar mengesahkan bahawa laporan mengenai pembatalan kadar baru visa Arab Saudi yang tersebar di dalam media tempatan dan antarabangsa baru-baru ini adalah tidak benar.

Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Arab Saudi telah menyemak perkara ini dengan Kementerian Luar Negeri Arab Saudi dan sehingga 6 Disember 2016 tiada sebarang dekri mahupun titah diraja yang dikeluarkan oleh Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Bin Abdulaziz Al-Saud berhubung perkara berkenaan.

Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur juga memaklumkan bahawa tiada arahan terkini yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi yang merujuk kepada pembatalan kadar baru visa negara itu yang telah berkuatkuasa pada 1 Muharram 1437H iaitu bersamaan 2 Oktober 2016.

SUMBER :

Berita Harian

Astroawani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI