PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononya 17,000 calon Sijil SPM 2017 gagal mata pelajaran Sejarah.
SEBENARNYA:
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), laporan yang tersebar mengenai seramai 17,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 gagal mata pelajaran Sejarah di laman sosial adalah tidak benar.
Setakat ini Lembaga Peperiksaan belum mengumumkan sebarang keputusan berkaitan SPM 2017.
“Oleh demikian, kementerian menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan”.
SUMBER:
Kementerian Pendidikan Malaysia