Penutupan Jalan Seremban – Kuala Pilah Berikutan Larian Za’aba Pada 24 Februari 2018?

TULAR:
571
Runners at a Marathon

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa jalan Seremban-Kuala Pilah akan ditutup sempena bermula 7 pagi hingga 2 petang sempena Larian Za’ba peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada Sabtu, 24 Februari 2018.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Timothy Tye.

SEBENARNYA :

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok, penularan maklumat penutupan jalan Seremban-Kuala Pilah sempena Larian Za’ba peringkat kebangsaan dan antarabangsa Sabtu 24 Februari ini adalah tidak benar.

Menurutnya, acara larian pada 24 Februari (Sabtu) memang ada tetapi tidak membabitkan penutupan jalan utama di daerah ini. “Jalan akan hanya ditutup apabila peserta larian melintas jalan dan apabila semua peserta telah selesai melintas, jalan akan dibuka semula. Acara larian juga tidak membabitkan jalan utama tetapi hanya melibatkan jalan dalaman dan jalan kampung sahaja.”

SUMBER:

Facebook Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah

Facebook Polis Negeri Sembilan

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI