2 Pesakit Positif COVID-19 Lari Dari Hospital Port Dickson Adalah Palsu

TULAR:
1285

SEBENARNYA:

Berita dua individu yang dikatakan positif COVID-19 melarikan diri dari Hospital Port Dickson seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, sebaliknya kedua-dua individu itu yang berusia 40 dan 44 tahun datang ke hospital berkenaan bagi menjalani ujian saringan mengikut prosedur hospital kerana dikatakan mempunyai simptom COVID-19.

Bagaimanapun, katanya individu berumur 40 tahun itu meninggalkan hospital tanpa menjalani ujian saringan tetapi kembali semula untuk mendapatkan rawatan atau ujian saringan sementara seorang lagi belum kembali semula ke hospital dan dalam usaha mengesannya.

Beliau berkata, “Kenyataan yang tular mengatakan kedua-dua orang awam ini positif COVID-19 tidak benar kerana pihak hospital belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan hasil keputusan saringan.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI