Orang Ramai Dinasihatkan Supaya Berwaspada Dengan Pembelian Penutup Hidung Dan Mulut Dalam Talian

TULAR:
1999

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli penutup hidung dan mulut melalui laman sosial, sebaliknya membeli daripada pembekal sah bagi mengelak ditipu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, langkah itu bagi mengelak individu atau pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan daripada kekurangan bekalan itu berikutan penularan Covid-19.

Katanya, permintaan penutup hidung dan mulut yang tinggi ketika ini menyebabkan rang ramai yang ingin memesan bekalan itu menggunakan media sosial.

“Oleh itu, sebaiknya menyemak latar belakang penjual atau laman sosial sebelum membuat sebarang pembayaran secara atas talian.

“Walaupun tiada kes dilaporkan di Pahang setakat ini, orang ramai tidak boleh terpedaya dengan sebarang tawaran atau jualan berkaitan penutup hidung dan kecuali yang disahkan.” 

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI