216 Pelajar Di Perak Menghidapi H1N1?

TULAR:
297

PALSU :

Tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa 216 pelajar di Perak disahkan telah menghidapi H1N1.

Gambar hiasan. Sumber : Inside Toronto


SEBENARNYA :

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru Negeri Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon menjelaskan bahawa kes tersebut bukan kes H1N1.

Menurut kenyataan beliau, kejadian seumpama itu tidak berlaku sebaliknya kesemua 216 pelajar disahkan menghidapi Influenza A (H3) atau selesema bermusim .

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI