Jari Palsu Bakal Digunakan Pada PRU14?

TULAR:
1098

PALSU:

Tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa jari palsu bakal digunakan pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) bagi tujuan penipuan dalam penggunaan dakwat kekal.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA :

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tidak akan membiarkan jari palsu digunakan pihak tertentu bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah turut memberi jaminan proses pilihan raya yang dikendalikan SPR adalah bersih, telus dan bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewengan.

Katanya, SPR telah mengenal pasti bahawa sumber imej tersebut diambil daripada internet yang tersebar di sebuah negara jiran. Menurutnya, sumber asal imej tersebut disyaki dipetik daripada laman akikofujita.com yang menyiarkan artikel tulisan Shintaro Hasyahi yang bertajuk ‘Prosthetic Fingers Help Reform Former Yakuza Members’ yang disiarkan pada 16 Dis 2013.

Imej tersebut kemudiannya digunakan oleh pihak tertentu di Indonesia yang kononnya akan digunakan dalam Pilihan Raya Serentak Indonesia 2017 yang sedang berlangsung dan ditularkan, katanya.

SUMBER :

Astro Awani

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI