PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Polis menjumpai 300 MyKad bertaburan dan dikatakan milik pengundi hantu.
Sumber gambar: Sarawakreport.org
SEBENARNYA :
Polis menafikan dakwaan bahawa gambar yang menunjukkan MyKad bertaburan di media sosial adalah berkaitan dengan pengundi hantu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, gambar yang telah tersebar luas itu sebenarnya sesuatu kes samun di Kedah yang berlaku dua tahun lalu. Ketika dirakam, polis tersebut mengutip kad yang bertaburan selepas suspek rompakan itu berjaya ditahan.
SUMBER :