Bas Bawa Pengundi Warga Bangladesh Untuk Mengundi Di Sungai Siput Pada PRU13?

TULAR:
721

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat tiga buah bas yang membawa pengundi warga Bangladesh, untuk tujuan mengundi di Sungai Siput pada PRU13.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Polis Perak menafikan khabar angin kononnya terdapat tiga buah bas yang membawa pengundi warga Bangladesh untuk mengundi di Sungai Siput.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Supritendan Maszely Minhat berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana bas yang dimaksudkan adalah kenderaan yang membawa pulang rakyat Perak yang bekerja di Singapura dan Johor untuk mengundi.

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI