Gangguan Bekalan Elektrik Ketika Proses Pengiraan Undi PRU13?

TULAR:
2097

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya berlaku gangguan bekal bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan TNB:

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin memberi maklum balas kepada beberapa dakwaan di dalam media sosial mengenai gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi Pilihan Raya Umum ke 13.

Berdasarkan maklum balas pasukan tunggu sedia TNB, pihak TNB mendapati semua pusat pengiraan undi tidak mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi berjalan.

Justeru, pihak TNB memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI