Tanda Selain Tanda ‘X’ Pada Kertas Undi Tidak Diterima Sebagai Undi?

TULAR:
2722

PENJELASAN:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan dakwaan bahawa bahawa tanda selain tanda pangkah ‘X’ pada kertas undi adalah tidak diterima sebagai undi dan dikategorikan sebagai undi rosak, sepertimana yang hangat diperkatakan.
Sumber gambar: Facebook
SPR menjelaskan bahawa selain tanda pangkah ‘X’ pada kertas undi, tanda lain seperti titik juga boleh diterima sebagai undi.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dibuat di dalam ruangan yang disediakan.
“Tulis (perkataan) tak boleh, tapi kalau ‘dot’, ‘tick’ atau apa tanda yang dibuat dalam kotak kita boleh takrifkan bahawa dia punya ‘intention’ (niat) adalah untuk memilih calon itu. Dalam garis panduan kita, apa tanda pun diterima tak semestinya pangkah tetapi jangan buat di semua kotak.”

SUMBER:

MStar

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI