Vaksin Mengandungi Bahan Haram, Konspirasi Melemahkan Umat Islam?

TULAR:
845

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa imunisasi dan vaksin merupakan konspirasi melemahkan umat islam dan mengandungi bahan-bahan yang haram.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Slideshare.

 


SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan kononnya vaksin atau imunisasi untuk bayi mengandungi bahan-bahan haram dan boleh membahayakan nyawa.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua agensi  turut menafikan program imunisasi kerajaan itu  bertujuan melemahkan umat Islam.

SUMBER :

Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI