PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa 5,000 orang warganegara Myanmar dan Rohingya telah ditahan semasa OPS MEGA 3.0.
SEBENARNYA:
Dakwaan bahawa jumlah 5,000 orang warganegara Myanmar dan Rohingya yang ditahan semasa OPS MEGA 3.0 adalah TIDAK BENAR.
OPS MEGA 3.0 bermula pada 1 Julai 2018 hingga 12 Julai 2018, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) daripada pelbagai warganegara yang ditahan berjumlah 2,174 orang.
Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak mempercayai sumber yang TIDAK BENAR ini.
SUMBER:
Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)