KPM Tergesa-gesa Mengiktiraf UEC?

TULAR:
516

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan tergesa-gesa mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenytaan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik:

Kerajaan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan pengiktirafan UEC.

Pengiktirafan UEC adalah salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dan sebelum melaksanakan pengiktirafan ini, kita perlu ambil kira isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan jika ada sebarang impak daripada keputusan pengiktirafan tersebut yang mungkin akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia. Justeru, pandangan dari pelbagai pihak adalah amat penting dan interaksi Kementerian bersama pihak-pihak yang berkenaan tetap menjadi keutamaan saya.

Sekali lagi saya ingin menekankan bahawa apa saja keputusan yang kita ambil berkenaan pengiktirafan UEC ini, ia akan bersifah komprehensif dan holistik, tanpa mengugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

SUMBER:

Kementerian Pendidikan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI