74 Kontena Mengandungi Daging Babi Terlepas Daripada Pemeriksaan Maqis?

TULAR:
2914

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat 74 kontena yang mengandungi daging babi sudah terlepas daripada pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis).

 

Sumber gambar: Facebook


SEBENARNYA :

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menafikan berita yang tular di laman sosial mengatakan terdapat 74 kontena yang sudah terlepas daripada pemeriksaan jabatan itu mengandungi daging babi.

“Hanya empat buah kontena sahaja yang telah dirampas di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini dan hanya satu daripadanya yang bercampur di antara daging babi dan kambing.

“Tiga yang lain memalsukan dokumen pengisytiharan kemasukan kerana mengimport daging daripada Sepanyol dan Brazil kerana seharusnya semua daging adalah di import daripada Australia.

“Justeru, orang ramai jangan was-was dengan daging import yang dibeli kerana pihaknya telah memastikan setiap kemasukan daging tersebut adalah selamat”.

SUMBER :

Utusan

The Malay Mail Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI