Kakitangan Tourism Malaysia Ditamatkan Kontrak Bermula Januari 2018?

TULAR:
797

PENJELASAN :

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memperjelaskan dakwan bahawa kakitangan Tourism Malaysia akan ditamatkan kontrak bermula awal Januari 2018, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Mynewshub.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, jika situasi itu berlaku ia melibatkan hanya sebilangan pekerja kontrak kerana kontrak mereka telah tamat mengikut tarikh yang telah ditamatkan sebelum disambung semula atau sebaliknya.

Menurutnya, manakala pegawai dan kakitangan Tourism Malaysia yang tetap pula akan diserapkan ke bahagian-bahagian lain di bawah kementerian itu dan tidak diberhentikan sekali gus yakin ia akan lebih memperkasakan dan memantapkan organisasi tersebut.

“Dah nama pun kontrak jadi ada tarikh bermula dan tamat sebelum diperbaharui dan sebagainya. “Kalau kakitangan MOTAC, akan diserapkan ke bahagian-bahagian lain dan setakat ini tentang kontrak ditamatkan belum di bawah pengetahuan saya,” katanya.

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI