Kerajaan Mahu Jual 4 Lokasi Kem Tentera?

TULAR:
4185
PORT DICKSON, 5 Jun -- Bandar Port Dickson begitu berbeza dengan bandar-bandar lain di negara ini kerana bandar ini berkait rapat dengan ketenteraan sejak tertubuhnya kompeni percubaan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Dengan terlakarnya sejarah bandar Port Dickson yang sinonim dengan latihan ketenteraan selama 79 tahun yang lepas, maka bandar ini akan terus menjadi legasi kepada warisan tentera darat. --fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** MENGIRINGI RENCANA-PORT DICKSON SINONIM DENGAN KETENTERAAN

PENJELASAN :

Kementerian Pertahanan memperjelaskan dakwaan bahawa pihak kerajaan berhasrat menjual 4 lokasi kem tentera di ibu negara dan Johor Bahru, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Bernama.

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharum, kerajaan sedang merancang untuk melakukan pembangunan semula kem tentera yang lama supaya lebih sesuai dengan peredaran zaman dengan menempatkan semula kem di lokasi yang lebih sesuai. Katanya, sesetengah kem didapati tidak sesuai berada di lokasi sedia ada berikutan pembangunan di kawasan sekitarnya.

“Kalau kita tengok sesetengah kem kita memang tak sesuai dengan keadaan pembangunan sekarang seperti lapangan terbang di Kem Sungai Besi. “Begitu juga Kem Batu Kentomen, kalau kita tengok tempat itu sudah jadi tempat komersial yang mana tidak lagi sesuai dan kita melakukan pemindahan kem-kem kita ini mengikut jadual.”

SUMBER :

Bernama

Twitter Bernama

Twitter Bernama Radio


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI