PALSU:
Tular di media sosial dakwaan sebuah mesej yang menggesa orang ramai supaya tidak membeli produk barangan air botol ‘Ribena’ dan ‘Teh Lemon Ice’, berikutan rampasan yang telah dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mesej tersebut juga menyatakan produk air yang berkenaan adalah campuran dengan arak dan bahan terlarang.
SEBENARNYA:
Menurut PDRM melalui kenyataan mereka,
“Jangan percaya dan tularkan berita palsu. Terkesan sebaran melalui aplikasi ‘Whatsapp’ berkaitan rampasan air oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dicampur arak.”
SUMBER: