Gempa Bumi Di Sekitar Ipoh, Perak?

TULAR:
2083

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya gegaran dan dentuman kuat yang berlaku di sekitar Ipoh dan daerah berdekatan berpunca daripada gempa bumi.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) menafikan gegaran dan dentuman kuat yang berlaku di sekitar Ipoh dan daerah berdekatan berpunca daripada gempa bumi.

Ketua Pengarahnya Alui Bahari ketika dihubungi memaklumkan tiada amaran gempa bumi dikesan melalui alat pengesanan gegaran gempa.

“Kami turut menerima maklumat awam mengenai gegaran itu, namun buat masa ini tiada gempa bumi dikesan menjadi punca kepada gegaran itu di Perak.”

Sementara itu, Komandan Akademi Tentera Udara (ATU) Kolonel Abdul Nazar Abdul Hamid ketika dihubungi menafikan dentuman dan gegaran berkenaan berpunca daripada aktiviti latihan pasukan terbabit.

Katanya, beliau sudah menyemak dengan pegawainya dan memaklumkan tiada sebarang aktiviti latihan menggunakan bahan letupan dijalankan pasukan itu.

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI