Air Botol Minuman ‘Ribena’ Dan ‘Teh Lemon Ice’ Mengandungi Campuran Arak Dan Bahan Terlarang?

TULAR:
32971
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan sebuah mesej yang menggesa orang ramai supaya tidak membeli produk barangan air botol ‘Ribena’ dan ‘Teh Lemon Ice’, berikutan rampasan yang telah dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mesej tersebut juga menyatakan produk air yang berkenaan adalah campuran dengan arak dan bahan terlarang.

Sumber gambar: Facebook PDRM

SEBENARNYA:

Menurut PDRM melalui kenyataan mereka,

“Jangan percaya dan tularkan berita palsu. Terkesan sebaran melalui aplikasi ‘Whatsapp’ berkaitan rampasan air oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dicampur arak.”

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI