PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya Jabatan Kemajuan Islan Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan sijil halal kepada produk minuman Air 3 P yang didakwa menggunakan ayat-ayat Ruqyah .
SEBENARNYA:
Menurut JAKIM, produk minuman Air 3 P belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Penyalahgunaan logo halal pada produk berkenaan kini dalam proses siasatan.
Selain itu, JAKIM tidak pernah memberi pensijilan halal pada produk yang mendakwa menggunakan ayat-ayat Ruqyah. Ianya sejajar dengan Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia Bilangan 2, Tahun 2016 yang melarang penggunaan ayat-ayat ruqyah (Al-Quran) bagi produk yang ingin memohon Pensijilan Halal Malaysia.
SUMBER: