PALSU :
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat aliran luar biasa wabak influenza yang bakal berlaku di Malaysia seperti yang berlaku di Hong Kong.
SEBENARNYA :
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), tiada kes atau aliran luar biasa jangkitan wabak influenza di Malaysia seperti yang sedang berlaku di Hong Kong.
Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana jangkitan influenza di Hong Kong adalah disebabkan virus influenza bermusim, bukan virus influenza baharu yang mungkin tercetus akibat proses mutasi.
Katanya, wabak itu berpunca daripada limpahan kes jangkitan influenza yang berlaku ketika musim sejuk dan berlanjutan sehingga musim panas, seperti yang pernah berlaku di negara itu ketika musim sejuk 2015.
SUMBER :
Kementerian Kesihatan Malaysia