PALSU:
Tular di media sosial mendakwa bahawa Amerika Syarikat sedang membina pangkalan tentera mereka di Sabah.
SEBENARNYA:
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan khabar angin kononnya Amerika Syarikat sedang membina sebuah pangkalan tenteranya di Sabah.
Panglima ATM Jeneral, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata bahawa Kementerian Pertahanan dan ATM tidak berhasrat membenarkan sebuah pangkalan tentera asing dibina di Malaysia.