PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat hampir empat (4) juta orang pengundi pos yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang dan sebahagian besar daripadanya merupakan anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA).
SEBENARNYA:
SPR ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat untuk mengelirukan rakyat. Sehingga PRU Ke-13, SPR menetapkan beberapa kategori pengundi dalam negara yang boleh memohon untuk menjadi pengundi pos iaitu anggota tentera dan anggota polis yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal.
Dalam warta yang bertarikh 23 Oktober 2017 jelas bermaksud bahawa hanya anggota Sukarelawan Simpanan Polis DiRaja Malaysia (PVR) yang diperaku oleh majikannya bahawa ia kena menjalankan tugas pada Hari Mengundi sahaja diberikan kemudahan tersebut. Anggota PVR ini adalah yang dilantik di bawah seksyen 35 Akta Polis 1967. Sehubungan dengan itu, adalah jelas bahawa anggota RELA bukanlah dalam kategori yang sama dengan PVR dan tidak termasuk dalam warta pemberitahuan kategori undi pos berkenaan.
SUMBER: