PENJELASAN :
Kementerian Pendidikan memperjelaskan dakwaan bahawa sesi persekolahan di pelbagai tempat ditangguhkan akibat banjir sepertimana yang tular di media sosial.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan, buat masa ini, sesi persekolahan diteruskan seperti biasa dan sebarang maklumat mengenai penangguhan akan dikeluarkan Jabatan Pendidikan negeri masing-masing.
“Saya nasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya berurusan dengan pihak sekolah dan tidak mengambil maklumat yang disebarkan menerusi WhatsApp atau media sosial untuk mendapatkan maklumat sahih.”