Kanak-Kanak Ditinggalkan Keseorangan Di KLIA2?

TULAR:
618

PENJELASAN :

Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) memperjelaskan dakwaan berkenaan seorang kanak-kanak yang ditinggalkan keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2) sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Facebook

Menurut MAHB, kanak-kanak 12 tahun itu tidak ditinggalkan keseorangan di KLIA 2 seperti dilaporkan media. Sebaliknya,  kanak-kanak itu ditemani oleh satu pasangan dewasa.

Rakaman kamera pengawasannya menunjukkan kanak-kanak perempuan itu dan pasangan dewasa berkenaan meninggalkan lapangan terbang dengan menaiki kereta kira-kira pukul 1.48 tengah hari.

Malah, tegas MAHB tindakan kawalan keselamatan yang diambil itu disebabkan oleh beberapa kes pemerdangangan manusia terutama melibatkan kanak-kanak.

Justeru, MAHB berharap orang awam memahami tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan lapangan terbang dan negara.

SUMBER :

Malaysian Airports Berhad

Bernama

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI