Seorang Guru Di Kedah Meninggal Akibat MERS-CoV?

TULAR:
283
Sumber gambar : KKM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya seorang guru di Kedah meninggal dunia akibat Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV).

Gambar hiasan. Sumber: arabnews.com

SEBENARNYA:

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail mengesahkan kematian guru terbabit bukan disebabkan MERS-CoV.

Menurut suami guru tersebut, Sharbani Jamaluddin, isterinya meninggal dunia selepas sistem sokongan hayat ditanggalkan apabila isterinya disahkan mengalami mati otak akibat penyakit meningitis.

SUMBER:

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI