Kerajaan Tidak Menyediakan Pendidikan Percuma Di Peringkat Rendah Dan Menengah?

TULAR:
431

PENJELASAN:

Pihak kerajaan memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan tidak menyediakan pendidkan percuma di peringkat rendah dan menengah berikutan ibu bapa yang dibebankan dengan pelbagai yuran yang wajib bayar bagi persekolahan anak-anak sepertimana hangat diperkatakan.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Bernama

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam Bajet 2018, kerajaan memperuntukkan dana besar bagi Kementerian Pendidikan iaitu sebanyak RM45.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Ini termasuk bagi menyediakan bantuan persekolahan kepada lebih 5.2 juta murid di seluruh negara.

“Sebenarnya pendidikan di peringkat rendah dan menengah adalah percuma, dengan Kerajaan membelanjakan pada purata RM8,900 bagi setiap murid setahun.”

SUMBER:

Laman Rasmi Datuk Seri Najib Tun Razak

Bernama

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI