Waspada Jangkitan MERS-CoV

TULAR:
356
Sumber gambar : KKM

WASPADA :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memberi penekanan mengenai nasihat kesihatan kepada orang awam yang ingin mengerjakan umrah di Tanah Suci atau mengadakan lawatan ke mana-mana negara di rantau Timur Tengah yang kini melaporkan kejadian jangkitan MERS-CoV, mengenai perkara-perkara berikut:

Sumber gambar : Facebook KKM
Sumber gambar : Facebook KKM
  • Semasa dalam tempoh lawatan, selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman;
  • Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi kediaman atau institusi penjagaan kesihatan yang terlibat dalam kejadian jangkitan wabak MERS-CoV di negara tersebut;
  • Elakkan dari melawat ke ladang haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan, khususnya unta;
  • Elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk mentah / tidak dimasak dengan sempurna yang melibatkan unta; seperti susu, daging, air kencing dan produknya.
  • Mereka yang pulang dari lawatan ke negara-negara yang terlibat, khususnya negara di rantau Timur Tengah adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera, sekiranya mengalami gejala demam dan jangkitan respiratori (seperti batuk dan kesukaran bernafas), khususnya dalam tempoh 14 hari setelah tiba di Malaysia. Mereka perlu memaklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.

SUMBER :

KPK Kesihatan

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI