PENJELASAN:
Tular di media sosial mengenai ayam didakwa tidak disembelih dibeli oleh seorang pelanggan dari sebuah pasar raya di Kuala Berang, Kuala Terengganu.
Menurut kenyataan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT):
Merujuk kepada isu tular ini, pengadu telah datang ke Bahagian Pengurusan Halal JHEAT pada petang 4 Februari 2019 selepas membuat laporan di balai polis.
Setelah diperiksa oleh pegawai kami, ayam tersebut disahkan sempurna syarat sembelihannya.
SUMBER:
Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)