PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa banjir yang berlaku di Rembau adalah kerana empangan Pedas pecah.
Sumber gambar: Facebook
SEBENARNYA :
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) menafikan dakwaan kononnya Empangan Pedas pecah yang mengakibatkan banjir di Rembau dan kawasan sekitarnya.
Pengarah SAINS, Wan Rasdi Wan Ismail berkata, kejadian banjir itu tiada kena-mengena dengan empangan pecah, sengaja direka bagi memburukkan lagi keadaan.