Ayam dan Telur Dimusnahkan Akibat H5N1 di Sungai Bakap?

TULAR:
680

PALSU :

Tersebar di media sosial dakwaan bahawa  terdapat banyak ayam dan telur yang dimusnahkan secara diam-diam akibat selsema burung H5N1 di Valdor, Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Sumber: Whatsapp


SEBENARNYA :

Mesej tular yang mendakwa ayam dan telur telah dimusnahkan di Valdor, Sungai Bakap disahkan palsu.

Pengarah Jabatan Veterinar Pulau Pinang, Dr Siti Salmiyah Tahir berkata, “Setakat ini, semuanya masih terkawal. Jika apa yang didakwa benar tentu ada penternak akan memaklumkan kepada kami supaya pemeriksaan dan ujian makmal dijalankan. “Kami juga telah melaksanakan kawalan sempadan untuk ternakan yang diimport.”

SUMBER :

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI