Letupan Bom Berhampiran Hotel Istana, Kuala Lumpur?

TULAR:
76

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononnya ada kejadian letupan bom berdekatan Hotel Istana, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Kelihatan asap tebal memenuhi kawasan sekitar melalui gambar-gambar yang disebarkan di Facebook.

Sumber Gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Polis menafikan dakwaan berlaku letupan berhampiran Hotel Istana di Jalan Raja Chulan yang menjadi tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, gambar yang tular itu adalah kejadian kebakaran tiga restoran di Jalan Changkat.

 Ujar beliau , “Gambar yang tular itu bukan kejadian letupan seperti yang didakwa, sebaliknya ia adalah kejadian kebakaran yang berlaku di lokasi terbabit petang tadi,” katanya kepada pihak media.

SUMBER :

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI