Berhati – Hati Dengan Panggilan Nombor Bermula +375, +371 Atau 081?

TULAR:
1352

PALSU :

Tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa panggilan daripada tiga nombor yang bermula dengan +375, +371 dan 081 perlu diberi perhatian kerana cas panggilan  jika penerima panggilan menjawab atau mendail semula nombor tersebut adalah sangat tinggi.

Gambar Hiasan. Sumber : Nizarazu.com


SEBENARNYA:

Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan penyebaran maklumat palsu yang mendakwa jika menerima panggilan daripada nombor seperti +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375, +371, +081 dengan satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan “missed calls”.

Maklumat yang tidak benar itu turut mendakwa jika pengguna menyimpan maklumat bank di dalam telefon pintar, pihak tertentu boleh menyalinnya.

SUMBER :

Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI