Jenayah Lempar Telur Ayam Serang Pemandu Kereta Di Malaysia?

TULAR:
174

PALSU :

Tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa ada satu taktik penjenayah untuk menyerang pemandu kereta di waktu malam iaitu dengan membaling telur ayam ke cermin kereta tersebut.

Gambar Hiasan. Sumber : PDRM


SEBENARNYA :

Adalah dimaklumkan bahawa pihak polis tidak pernah mengesahkan taktik jenayah seperti yang dinyatakan di dalam pesanan ini.

Orang ramai diingatkan supaya tidak semudahnya menyebar atau berkongsi maklumat yang TIDAK SAHIH tanpa mendapatkan kepastian secara rasmi daripada pihak berwajib terlebih dahulu. Penyebaran maklumat sebegini tanpa pengesahan daripada pihak berkuasa akan menimbulkan keresahan atau rasa panik di kalangan masyarakat.

Pihak polis meminta mana-mana pihak yang telah membuat sebaran mengenai taktik ini supaya memadamnya dengan segera.

SUMBER :

Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI