PENJELASAN :
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memperjelaskan dakwaan bahawa bekalan ternakan lembu, kerbau, kambing dan biri-biri untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha adalah tidak mencukupi sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, bekalan ternakan lembu, kerbau, kambing dan biri-biri untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha bulan depan adalah mencukupi.
Memberikan jaminan itu ekoran kebimbangan dengan langkah sekatan pengimportan Australia, Salahuddin berkata, bekalan ternakan adalah mencukupi berdasarkan bekalan lembu, kerbau, kambing dan bebiri yang telah diimport serta ternakan tempatan yang ada di seluruh negara pada masa ini.
Oleh itu, urusan ibadah korban boleh diteruskan seperti biasa, tak perlu bimbang mengenai bekalan lembu atau kambing terjejas.