Menteri Kesihatan Keluarkan Kenyataan Media Mengenai ‘Traditional and Complementary Medicine’?

TULAR:
814

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Menteri Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media rasmi mengenai subjek ‘Traditional and Complementary Medicine’.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan rasmi Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr Dzulkefly Ahmad :

KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA  “FUNCTIONAL MEDICINE — INTEGRATING HERBAL MEDICINE INTO THE MAINSTREAM HEALTHCARE — HOLISTIC MEDICAL CARE”

Satu Kenyataan Media bertajuk “Functional Medicine — Integrating Herbal Medicine into the Mainstream Healthcare — Holistic Medical Care” dikeluarkan menggunakan kepala surat Kementerian Kesihatan dan nama saya, telah disebarkan di dalam laman media sosial dan dalam masa yang sama telah dilaporkan oleh BERNAMA dan Astro Awani.

Kedua-dua media arus perdana tersebut bagaimanapun telah diarahkan supaya mengeluarkan laporan berita berkenaan dari laman web masing-masing.

Untuk makluman, kenyataan media berkenaan dikeluarkan tanpa melalui saya mahupun telah mendapat kelulusan pejabat saya. la tidak menggambarkan pandangan serta pemikiran saya mengenai subjek “Traditional and Complementary Medicine (TCM)”.

la juga tidak mewakili pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap isu kesepaduan TCM di dalam semua fasiliti kesihatan KKM.

Bahagian TCM di KKM bertanggungjawab untuk melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh Perubatan Melayu Tradisional, Perubatan Tradisional India, Perubatan Tradisional Cina, Homeopati, Kiropraktik, Osteopati dan Amalan Perubatan Islam.

Kesemua kegiatan ini tertakluk di bawah Akta Tradisional dan Komplementari 2016, yang memperuntukkan pembentukan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) untuk mengawal selia perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia.

SUMBER :

Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI