PALSU:
Tular di media sosial laporan berita kononnya daripada laman Astro AWANI, yang mendakwa bahawa tiada pembayaran pencen selepas persaraan 2021, dan pencen akan diganti dengan KWSP dengan serta-merta.
SEBENARNYA:
Pihak Astro AWANI menafikan pernah menerbit dan menyiarkan artikel berjudul, ‘Bayaran Pencen diganti kepada KWSP serta-merta’ di platform digital (www.astroawani.com), seperti yang ditularkan di media sosial.
Artikel palsu itu antara lain mendakwa kononnya tiada pembayaran pencen selepas pesaraan 2021.
Paparan imej yang menyalahgunakan logo nama Astro AWANI itu sengaja disunting serta diolah oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan masyarakat.