Polis Roboh Sekatan Yang Dibina Oleh Orang Asli Di Gua Musang?

TULAR:
400
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN :

Pihak polis memperjelaskan dakwaan bahawa Kehadiran pihak polis di tiga kawasan sekatan yang dibina komuniti Orang Asli di Gua Musang adalah untuk merobohkan sekatan tersebut sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan,kehadiran pihak polis di tiga kawasan sekatan yang dibina komuniti Orang Asli di Gua Musang semalam bertujuan mengawasi aspek keselamatan kedua-dua pihak dan bukan merobohkan sekatan itu.

Pihaknya berharap orang ramai tidak keliru dengan kehadiran pihak berkuasa berkenaan di lokasi itu kerana ada laporan pihak tertentu yang mendakwa mereka terlibat meroboh sekatan.

“Tugas dan tanggungjawab kami adalah memastikan semua yang terlibat dalam insiden itu berada dalam keadaaan aman dan selamat. Kami sebelum ini menerima permohonan dari Jabatan Perhutanan Kelantan yang meminta polis untuk mengawal keadaan sekirannya berlaku kekecohan, jadi kami berada di situ untuk menjaga keamanan. Kerja-kerja meroboh pula adalah bidang kuasa Jabatan Perhutanan.”

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI