Insentif RM6000 Untuk Ahli KWSP Yang Bekerja Antara Tahun 1990 Dan 2018?

TULAR:
10385

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bekerja antara tahun 1990 dan 2018 berhak mendapat insentif RM6,000 dari KWSP.

Sumber gambar : WhatsApp

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) :

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengenal pasti mesej tular yang mendakwa bahawa ahli-ahli yang bekerja antara tahun 1990 dan 2018 berhak mendapat insentif RM6,000 dari KWSP. KWSP menegaskan bahawa mesej tular dan kandungan laman web tersebut adalah PALSU dan tidak berkaitan dengan KWSP.

Mesej itu juga mempunyai pautan ke laman web palsu, yang meminta orang ramai untuk menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima ‘insentif’ tersebut (lihat paparan laman web palsu).

KWSP percaya bahawa ini merupakan cubaan penipuan data peribadi ahli bagi tujuan berunsur jenayah. Ahli-ahli digesa supaya tidak klik pada pautan tersebut atau memberikan data peribadi mereka kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak disahkan. Ahli juga diseru supaya tidak menyebarkan mesej tular tersebut.

Semua maklumat rasmi mengenai produk dan perkhidmatan KWSP hanya akan disiarkan dalam laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my. Ahli-ahli juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 atau e-mel melalui http://enquiry.kwsp.gov.my untuk tujuan pengesahan jika terdapat mesej berkenaan KWSP yang meragukan di media sosial.”

SUMBER : 

Laman Rasmi KWSP

Facebook KWSP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI