KR1M 2.0 Dihentikan Berikutan Pertukaran Kerajaan?

TULAR:
377

PENJELASAN :

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memperjelaskan dakwaan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 tidak akan diteruskan berikutan pertukaran kerajaan baharu sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, kerajaan akan mengekalkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 dan pada masa sama mahu membuka peluang kepada lebih banyak pembekal untuk membekalkan barang kepada kedai berkenaan.

Kerajaan juga tidak menolak kemungkinan KR1M akan dijenamakan semula mengikut keperluan masa depan.

“Pada masa ini, kerajaan berpendirian KR1M 2.0 akan dikekalkan dan mungkin akan dijenamakan semula. Cuma kami mahu membuka peluang kepada lebih banyak pemain (pembekal) berbanding hanya dua pemain saja dipilih ketika ini. Dalam soal menjenamakan semula KR1M, kami tidak obses dengan penjenamaan, sebaliknya kami mahu KR1M berdaya saing, bila rakyat hendak beli ia mencukupi dan harganya munasabah.”

SUMBER : 
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI